Thursday, July 29, 2010

:::H@ti ku resah menantinya:::


usia kandungan qaseh dah pun masuk 29minggu.... perut qaseh besar camni lah hehehhehe ^_^.
semakin hari qaseh semakin resah dan tak keruan memikirkan nya. Gembira & takut sama banyak, ada masa2 nya hati qaseh rasa berdebar-debar je....... errrmmm normal kan perasaan tu. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala2 nya nnt....amin

"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama ia didalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarmu, sembuh yg tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w. insyaALLAH amin.....

:::Salam Perkenalan:::


Assalamualaikum & salam sejahtera buat teman2 yang sudi berkunjung ke blog H@ti Qaseh Baiduri (HQB). salam perkenalan dari Qaseh buat semua ^_^.... semoga Qaseh bertemu dengan lebih ramai lagi kawan InsyaAllah...

Maaf jika susunan ayat qaseh agak tunggang langgang kerana Qaseh bukan seorang penulis yang profesional hehehehe.... bak kata orang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging ni, banyak yg perlu dipelajari lg. Hope teman2 yang ada pengalaman sudi berkongsi serba sedikit ilmu yang ada.



Buah cempedak di luar pagar,
Ambik galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
kalau ada salah dan silap tolong tunjukkan....